Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

FELDA Tenggaroh 2, mula diterokai pada 1979 dan menerima kemasukan peneroka untuk bermastautin bersama keluarga masing-masing pada tahun berkenaan dan seramai 607 orang peneroka telah menyertai rancangan tersebut.

Kebanyakan penduduk di sini merupakan anak jati negeri Johor yang kebanyakannya berasal dari kawasan sekitar Johor, Mersing, Batu Pahat dan Pontian. Mereka lazimnya amat mementingkan pemeliharaan kesenian budaya masyarakat Melayu Johor, maka aktiviti kesenian seperti tarian zapin turut aktif dilakukan di sini.

Menyentuh perihal asal-usul nama Tenggaroh pula, menurut penduduk setempat nama tersebut berpunca daripada sebutan ‘’Tengah Loh’’ yang diucapkan peniaga-peniaga berbangsa Cina di Mersing. Titik-tolak daripada itu, ia menjadi semakin popular dan akhirnya menjadi nama penempatan tersebut.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 TAHUN 2023 | TAHUN 2023


SUKANEKA RIA PEDi FELDA TENGGAROH 2

Aktiviti Terkini | 26 Disember 2023

Memberi pendedahan kepada para peserta untuk memberi arahan kepada ahli kumpulan....................baca selanjutnya

PROGRAM STEM DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR BERSAMA PUSAT LITERASI KELUARGA TENGGAROH 2

Aktiviti Terkini | 21 November 2023

Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang penggunaan tablet dengan betul serta mempelajari aplikasi mudah belajar dengan menggunakan tablet...................baca selanjutnya

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KEMERDEKAAN 2023

Aktiviti Terkini | 10 Oktober 2023

Para pelajar dan guru-guru dapat bersama-sama untuk menghasilkan video yang kreatif sempena bulan kemerdekaan. .................baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK DI MAKTAB RENDAH SAINS MARA MERSING BERSAMA PIHAK SKMM DAN MIV

Aktiviti Terkini | 5 September 2023

Para pelajar dan guru-guru dapat bersama-sama untuk mendengar taklimat Klik Dengan Bijak daripada pihak PEDi dan SKMM serta berkongsi ilmu yang diperolehi.................baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI SUKANEKA

Aktiviti Terkini | 18 Ogos 2023

Para pelajar dan guru-guru dapat bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dan bersukan bersama-sama................baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK DI SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA TENGGAROH 2

Aktiviti Terkini | 13 Julai 2023

Para pelajar dan guru-guru dapat bersama-sama menghayati tajuk tersebut seterusnya memahami apa tajuk yang telah disampaikan...............baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK DI SEKOLAH MENENGAH FELDA TENGGAROH

Aktiviti Terkini | 21 Jun 2023

Memberi taklimat secara besemuka supaya pelajar dan guru dapat menerima maklumat secara menerus..............baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI RAYA BERSAMA PUSAT LITERASI KELUARGA FELDA TENGGAROH 3

Aktiviti Terkini | 11 Mei 2023

Saling mengenali dan beramah mesra antara pelajar, guru dan ibubapa.............baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PUSAT LITERASI KELUARGA FELDA TENGGAROH 2

Aktiviti Terkini | 11 April 2023

Memberi pendedahan dan memperkenalkan tentang kebaikan dan keburukan telefon bimbit, tablet, dan alat komunikasi yang lain............baca selanjutnya

REKA CIPTA KREATIF

Aktiviti Terkini | 18 Mac 2023

Dapat melihat bakat dan kemahiran pelajar dengan melihat hasil yang dibuat...........baca selanjutnya

MAJLIS APREASIASI KANAK-KANAK KEMAS MERSING

Aktiviti Terkini | 18 Februari 2023

Memperkenalkan PEDi sebagai pusat sehenti yang boleh membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital dalam perniagaan ..........baca selanjutnya

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Aktiviti Terkini | 19 Januari 2023

Memberi pendedahan dan ilmu kepada semua (pelajar, belia dan dewasa) tentang ilmu fardu kifayah..........baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti