Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

FELDA Tenggaroh 2, mula diterokai pada 1979 dan menerima kemasukan peneroka untuk bermastautin bersama keluarga masing-masing pada tahun berkenaan dan seramai 607 orang peneroka telah menyertai rancangan tersebut.

Kebanyakan penduduk di sini merupakan anak jati negeri Johor yang kebanyakannya berasal dari kawasan sekitar Johor, Mersing, Batu Pahat dan Pontian. Mereka lazimnya amat mementingkan pemeliharaan kesenian budaya masyarakat Melayu Johor, maka aktiviti kesenian seperti tarian zapin turut aktif dilakukan di sini.

Menyentuh perihal asal-usul nama Tenggaroh pula, menurut penduduk setempat nama tersebut berpunca daripada sebutan ‘’Tengah Loh’’ yang diucapkan peniaga-peniaga berbangsa Cina di Mersing. Titik-tolak daripada itu, ia menjadi semakin popular dan akhirnya menjadi nama penempatan tersebut.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Pertandingan Mewarna

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2016

Pertandingan mewarna ini bertujuan mencungkil bakat terpendam peserta di samping meningkatkan kemahiran mewarna dalam bentuk yang pelbagai... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Felda Tenggaroh 2

Aktiviti Terkini | 19 November 2016

Program Hari Terbuka ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat setempat dengan aktiviti yang melibatkan komuniti melalui pertandingan, demonstrasi dan sebaran maklumat Klik Dengan Bijak yang akan dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Dengan adanya program Hari Terbuka ini, masyarakat setempat diberi peluang untuk mendaftar menjadi ahli PI1M secara percuma. Selain daripada itu, melalui pertandingan berkaitan ICT, komuniti juga dapat memperkenalkan fungsi sebenar serta kegunaan komputer dan internet dalam kehidupan seharian secara positif... baca selanjutnya

Bengkel Skrip Ke Skrin Wilayah Selatan, MMU, Nusajaya

Aktiviti | 25 & 26 Oktober 2016

Bengkel Skrip ke Skrin 2016 merupakan program khusus untuk melatih pengurus dan penolong pengurus PI1M di seluruh Negara mengenai teknik membangunkan video yang berkualiti bagi tujuan promosi PI1M & produk usahawan tempatan. Selain itu, ilmu yang diperoleh dari program ini diharap akan membantu PI1M menyediakan video yang berkualiti sejajar dengan Projek PI1M Kluster dan pertandingan-pertandingan video anjuran pihak MCMC... baca selanjutnya

Celik IT bersama murid Literasi

Aktiviti Terkini | 15 september 2016

Aktiviti yang diadakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia kepada pelbagai golongan, terutamanya kepada kanak-kanak yang baru mengenal dunia IT.Panduan perlu dititikberat agar mereka tahu menggunakan saluran yang betul demi kebaikan bersama... baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016

Berita Terkini

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam... baca selanjutnya

Search Word Online

Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2016

Aktiviti yang diadakan adalah bertujuan untuk menguji kecepatan peserta dalam mencari jawapan dengan hanya beberapa minit yang diberikan disamping dapat meningkatkan vocabulary peserta... baca selanjutnya

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Aktiviti Terkini | 29 Julai 2016

Aktiviti yang diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara staff PI1M bersama komuniti setempat dan disamping menghargai mereka kerana menyokong dan mengambil bahagian di dalam setiap aktiviti yang diadakan.terlibat. baca selanjutnya

Majlis Berbuka Puasa bersama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Mersing

26 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Aktiviti yang diadakan bersesuaian dalam bulan ramadhan untuk sedekah jariah serta mengeratkan hubungan bersama anak yatim dan badan-bahan kerajaan daerah Mersing yang terlibat... baca selanjutnya

Bengkel Pengukuhan dan Pemantapan Aktiviti Advokasi Bersama Pusat Internet Wilayah Selatan bagi Tahun 2016

Aktiviti Terkini | 18 - 19 Mei 2016

Program Bengkel Pengukuhan dan Pemantapan Aktiviti Advokasi Bersama Pusat Internet Wilayah Selatan bagi Tahun 2016 telah diadakan pada 18-19 Mei 2016 di Lotus Beach Resort, Kota Tinggi, Johor... baca selanjutnya

div class="newsContent">

Kuiz Bahasa Melayu

16 April 2016 | Aktiviti Muktahir

Nama program: Kuiz Bahasa Melayu. Anjuran DIGI dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia Felda Tenggaroh 2. Tarikh dan Masa: 16 April 2016 / 10-12 tengahari... baca sepenuhnya

Wanita Era Digital

26 Mac 2016 | Aktiviti Muktahir

Nama program: Wanita Era Digital. Anjuran DIGI dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia Felda Tenggaroh 2. Tarikh dan Masa: 26 Mac 2016 / Sesi 1: 9-11pg / Sesi 2: 12-2tgh hari / Sesi 3: 3-5ptg... baca sepenuhnya

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Kuiz Matematik

20 Februari 2016 | Aktiviti Muktahir

Nama program: Kuiz Matematik. Anjuran Pusat Internet 1 Malaysia Felda Tenggaroh 2. Tarikh dan Masa: 20 Feb 2016 / 10.00 pagi. Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan penguasaan peserta-peserta serta menarik minat mereka dalam subjek Matematik...baca sepenuhnya

Mengimarahkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul

15 Januari 2016 | Aktiviti Muktahir

Nama program: Mengimarahkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Anjuran Pusat Internet 1 Malaysia Felda Tenggaroh 2. Tarikh dan Masa: 15 Jan 2016 / 7.30 pagi hingga 12.00 tengahari.Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk memperingati sejarah kerasulan Nabi Muhammad S.A.W dan perjuangannnya dalam menengakkan syiar Islam serta mengambil contoh teladan dari peristiwa yang tersurat dan tersirat dari sejarah kerasulan baginda... baca sepenuhnya

lagi berita & aktiviti