INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti



FELDA Tenggaroh 2, mula diterokai pada 1979 dan menerima kemasukan peneroka untuk bermastautin bersama keluarga masing-masing pada tahun berkenaan dan seramai 607 orang peneroka telah menyertai rancangan tersebut.

Kebanyakan penduduk di sini merupakan anak jati negeri Johor yang kebanyakannya berasal dari kawasan sekitar Johor, Mersing, Batu Pahat dan Pontian. Mereka lazimnya amat mementingkan pemeliharaan kesenian budaya masyarakat Melayu Johor, maka aktiviti kesenian seperti tarian zapin turut aktif dilakukan di sini.

Menyentuh perihal asal-usul nama Tenggaroh pula, menurut penduduk setempat nama tersebut berpunca daripada sebutan ‘’Tengah Loh’’ yang diucapkan peniaga-peniaga berbangsa Cina di Mersing. Titik-tolak daripada itu, ia menjadi semakin popular dan akhirnya menjadi nama penempatan tersebut.



Rancangan Pembangunan Tanah Persekutuan (FELDA) Tenggaroh 2 merupakan sebuah rancangan dalam FELDA Gugusan Tenggaroh. Lokasi penempatan ini terletak dalam Mukim Jemaluang, Daerah Mersing di negeri Johor Darul Takzim.

FELDA Tenggaroh 2 terletak dalam kawasan Gugusan Tenggaroh yang turut menempatkan kawasan penempatan FELDA lain seperti Tenggaroh 1, Tenggaroh 3 dan Sentuhan Kasih, Tenggaroh 5, Tenggaroh 6, Tenggaroh 7, Tenggaroh Timur 1 dan Taman Damai yang merupakan kawasan perumahan kakitangan Kilang Kelapa Sawit Tenggaroh Timur.



Penempatan penduduk di kawasan FELDA mempunyai pola tersusun di mana setiap rumah dibina bersebelahan dan berada dalam satu kelompok yang dipanggil blok dan peringkat. Kediaman asal para penduduk dibina daripada kayu dan semua rumah mempunyai reka bentuk yang sama.

Perhubungan sosial antara penduduk FELDA yang berjiran amat baik kerana memang menjadi lumrah kehidupan di desa bahawa mereka akan saling mengenali antara satu sama lain. Amalan bertegur sapa sesama penduduk dan sifat hormat menghormati kepada generasi terdahulu menjadikan kehidupan penduduk FELDA Tenggaroh 2 aman tenteram. Suasana pada waktu pagi di sini amat tenang dan jauh berbeza dengan hiruk-pikuk di bandar.


MAKLUMAT AM



Rancangan Pembangunan Tanah Persekutuan (FELDA) Tenggaroh 2 terletak di daerah pelancongan Mersing di negeri Johor Darul Takzim dan bersempadan dengan daerah Rompin, Pahang. Daerah Mersing juga terletak di kawasan pesisiran pantai dan di bandar Mersing terletaknya jeti untuk perkhidmatan bot ke Pulau Tioman. Selain itu, Pantai Tanjung Leman yang terletak tidak jauh dari FELDA Tenggaroh 2 merupakan lokasi jeti bot ke Pulau Sibu. Kawasan penempatan ini boleh dihubungi melalui jalan persekutuan antara Johor Baharu dan Rompin, Pahang yang pastinya menjanjikan perjalanan menarik kepada para pengunjung kerana terdapat pelbagai tarikan pantai di sepanjang perjalanan tersebut.

Sementara itu, bandar terdekat dengan kawasan FELDA Tenggaroh 2 ialah bandar Mersing yang jaraknya dianggarkan sejauh 62 km. Pekan terdekat pula ialah pekan Jemaluang yang jaraknya sekitarnya 40 km dari kawasan kampung. Pengunjung yang menggunakan laluan Johor Baharu-Rompin perlu memasuki simpang masuk ke Gugusan Tenggaroh dan meneruskan perjalanan sejauh kira-kira 10km sebelum tiba di FELDA Tenggaroh 2. Untuk kemudahan penduduk setempat dan para pelawat, perkhidmatan bas awam secara terus dari simpang gugusan Tenggaroh menuju ke destinasi bandar Mersing dan sebaliknya ada disediakan sebanyak tiga trip dalam sehari.

Para penduduk FELDA Tenggaroh 2 merupakan golongan peneroka dan kesemua penduduk terlibat dalam kegiatan perladangan kelapa sawit. Maka tidak hairanlah, pokok-pokok kelapa sawit menjadi landskap di sepanjang perjalanan menuju ke kawasan penempatan FELDA tersebut.


SOSIO EKONOMI



Para penduduk FELDA Tenggaroh 2 merupakan golongan peneroka yang bergantung sepenuhnya kepada aktiviti perladangan kelapa sawit.



Namun begitu, harga komoditi tersebut yang tidak menentu di pasaran secara tidak langsung menyebabkan ramai antara para peneroka, penerokawati, belia dan beliawanis melakukan pelbagai aktiviti ekonomi sampingan seperti
i. Kedai runcit
ii. Kedai makan
iii. Kedai kek dan kuih muih
iv. Kedai gunting rambut
v. Kedai jahitan
vi. Andaman dan butik pengantin
vii. Kedai alat binaan
viii. Pam minyak
ix. Kilang Genius Factors
x. Bengkel

Selain daripada yang disebutkan di atas, terdapat juga golongan guru sekolah rendah dan menengah tinggal di kawasan Tenggaroh 2, serta kakitangan FELDA dan juga kakitangan Klinik Kesihatan Tenggaroh 2.


Rekreasi & Perlancongan
TANJUNG LEMAN



Daerah Mersing sememangnya terkenal dengan keindahan pesisir pantainya yang menjadi lokasi pilihan untuk berkelah dan bermandi manda. Lokasi pelancongan paling hampir dengan FELDA Tenggaroh 2 ialah Pantai Tanjung Leman iaitu sejauh kira-kira 15km yang menjadi lokasi jeti perkhidmatan bot ke Pulau Sibu.

Pantai Tanjung Leman merupakan tempat pilihan anak-anak muda dan keluarga untuk bersantai dan mengadakan parti BBQ kerana suasananya yang nyaman dan bunyi desiran ombak mampu menenangkan sesiapa sahaja yang berkunjung ke situ. Selain itu, ia juga menjadi lokasi pilihan untuk para peminat aktiviti memancing laut dalam untuk mendapatkan ikan-ikan besar seperti ikan layaran.



Di Tanjung Leman juga terdapat 2 lokasi yang boleh dijadikan tempat penginapan para pelancong sekiranya mereka ingin bermalam di Tanjung Leman. Lokasi pertama ialah Tunjuk Laut Beach Resort yang terletak di persisiran pantai Tanjung Leman dan dikelilingi oleh keindahan alalm semulajadi. Manalaka lokasi kedua ialah Felda Residence Tanjung Leman yang juga terletak berhampiran pantai Tanjung Leman. Kedua-dua lokasi ini bakal menjanjikan keselesaan dan sesuai untuk didiami oleh semua peringkat umur.


SIBU ISLAND RESORT



Sementara itu, perjalanan ke Pulau Sibu menggunakan bot laju daripada Jeti Tanjung Leman hanya memakan masa 15 minit sahaja. Sibu Island Resort (SIR) terletak di Pulau Sibu di timur perairan Johor dan menjadi tarikan utama di selatan Semenanjung Malaysia. SIR merupakan destinasi percutian yang cukup eksklusif di negara ini dengan menawarkan kemudahan riadah di pesisiran pantai, pengalaman pengembaraan, aktiviti membina jati diri bagi golongan korporat dan kemudahan spa.



Lokasi itu terkenal dek kerana keindahan flora dan fauna pulau yang belum tercemar kerana segala khazanah alamnya dipelihara dengan baik oleh pihak pengurusan SIR. Perairan Pulau Sibu amat popular di kalangan peminat aktiviti scubadiving kerana keindahan terumbu karangnya dan keunikan hidupan lautnya. Lokasi ini turut menjadi kegemaran pelancong dari Singapura kerana Pulau Sibu merupakan lokasi terhampir untuk aktiviti scubadiving dengan negara jiran tersebut. SIR merupakan anak syarikat Johor Corporation (JCorp) yang menjadi pengusaha pelancongan tunggal resort di pulau berkeluasan 26 hektar tersebut.

Kemudahan Awam
KFC TANJUNG LEMAN



Bagi penduduk sekitar FELDA Tenggaroh, mereka tidak perlu untuk bersusah payah untuk pergi ke Mersing atau Kota Tinggi bagi menikmati ayam goreng KFC kerana pihak JohorCorp telah membuka satu outlet KFC di Tanjung Leman. Mereka tidak perlu mengambil masa yang lama untuk pergi ke sana kerana ia terletak di dalam kawasan Tenggaroh iaitu di Tanjung Leman dan hanya mengambil masa selama 15 minit untuk sampai di sana.

SEAFOOD TENGGAROH 2

Ia terletak berhampiran pam minyak FELDA Tenggaroh 2 dan menjadi kawasan tumpuan ramai kerana menyediakan pelbagai juadah makanan laut dan aneka sup serta makanan bergoreng panas yang lain. Selain itu, terdapat juga juadah seperti otak-otak serta sate ayam dan daging di Seafood Tenggaroh 2 dan pengunjung juga boleh berkaraoke di situ.

WESTERN FOOD

Bagi penggemar makanan ala barat, di FELDA Tenggaroh 2 juga terdapat kedai makan yang menghidangkan juadah tersebut. Selain menu chiken chop, terdapat juga menu seperti lamb chop, wedges serta banyak lagi.

Pendidikan

Pendidikan

Sekolah Rendah.

Felada Tenggaroh 2 berhampiran dengan sekolah yang menyediakan kemudahan pendidikan anak-anak felda. Sekolah Kebangsaan (LKTP) Tenggaroh 2 merupakan institusi pendidikan yang disediakan khas untuk kemudahan anak-anak penduduk felda di sini.

Sekolah Kebangsaan (LKTP) Tenggaroh 2 dianggarkan mempunyai jumlah murid seramai 168 orang yang menempatkan anak-anak penduduk felda .

Sekolah Rendah
Nama Sekolah Rendah Sekolah Kebangsaan (LKTP) Tenggaroh 2
Nama Guru Besar Puan Miskiah Binti Jalaludin
No. Telefon 07-7911271

Sekolah Agama.

Selain daripada Sekolah Rendah, terdapat Sekolah Agama iaitu Sekolah Agama Felda Tenggaroh 2. Sekolah ini menempatkan anak- anak penduduk Felda Tenggaroh 2.

Sekolah Menengah.

Di dalam kawasan Felda Tenggaroh 2 ini mempunyai sebuah sekolah menengah bantuan kerajaan yang berhampiran iaitu Sekolah Menengah Tenggaroh A. Semua anak- anak penduduk Felda Tenggaroh 2 bersekolah di sekolah tersebut setelah tamat sekolah rendah. Sekolah tersebut menjalankan 2 sesi pembelajaran iaitu pagi dan petang. Sebelah pagi adalah sesi pembelajaran untuk tingkatan 3, 4, 5 dan 6 manakala sebelah petang adalah sesi pembelajaran untuk tingkatan 1 dan 2 sahaja.

Sekolah Menengah
Nama Sekolah Menengah Sek. Men.Keb. Tenggaroh
Nama Pengetua Dr. Suhaimi Bin Ismail
No. Telefon 07-7911272
Pendidikan
Kisah Kejayaan

Latar belakang

Adik Mohamad Nur Izzudin bin Mohd Mizan merupakan kanak-kanak kurang upaya dari segi masalah pembelajaran yang dilahirkan pada 5hb Julai 2004. Beliau merupakan anak bongsu dari 2 beradik. Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Tenggaroh 2 di dalam kelas pendidikan Khas (PDK). Di dalam kelas adik yang mesra disapa Udin ini selalu menolong cikgu sewaktu persekolahan. Cikgu Zila merupakan guru adik Udin yang sentiasa membantu adik Udin di dalam kelas. Walaupun adik Udin mengalami masalah di dalam pembelajaran tetapi dia berkemahiran untuk menggunakan komputer yang terdapat di sekolah. Apabila melihat Pusat Internet 1 Malaysia Felda Tenggaroh 2, adik Udin mula menghadirkan diri bersama kawan-kawannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pertama kali berjumpa dengan beliau, agak sukar untuk berkomunikasi dengannya memandangkan beliau hanya bercakap dengan orang yang dikenali sahaja. Ini menyebabkan pergaulan dan komunikasinya terbatas. Dengan bantuan cikgu dan rakan-rakan yang hadir ke PEDi membuatkan adik Udin menjadi teruja untuk mempelajari penggunaan komputer. Sejak dari itu, adik Udin selalu datang ke PEDi untuk belajar dan menggunakan komputer untuk melayari internet. Dia juga semakin mengenal huruf dan membaca dengan lebih baik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah mengikuti kelas latihan ICT yang dianjurkan oleh PEDi beliau kini semakin mahir untuk mempelajari dan melayari internet tanpa sebarang masalah. Cikgu Zila juga memberitahu terdapat peningkatan dari segi penggunaan komputer apabila adik Udin mengikuti kelas di sekolah.

Kisah Kejayaan

Latar belakang

Puan Rahayu mula melibatkan diri dalam perniagaan kraf ini pada tahun 2012. Beliau hanya berniaga di rumah dan membuat promosi menerusi pamphlet yang diberikan di sekolah-sekolah dan ketika keramaian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM700 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan sekitar 10-15 orang sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah mengikuti kelas latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak Video Tutorial : Cara Memperbaharui Lesen SSM Bagi Pihak Kedua Di Ezbiz Online Felda Tenggaroh 2 beliau kini telah memiliki akaun facebook sendiri untuk mempromosikan produk kraf beliau. Selain itu, jumlah pelanggan juga telah meningkat sekaligus beliau dapat menjana pendapatan sehingga RM 2000-RM 3000 sebulan mengikut tempahan yang diterima. Apabila menjelang hari raya tempahan meningkat dan beliau boleh mendapat pendapatan sehingga RM 5000.

Kisah Kejayaan
Keusahawanan
ANEKA KEK KOMERSIAL, KEK PERKAHWINAN DAN KEK CAWAN AZLINA BINTI WAGIMAN

Nama : Azlina binti Wagiman
No Telefon : 019-2617556/0177679875
Alamat : No. 7 Kawasan Perniagaan Felda Tenggaroh 4
Mula berniaga : 2010
Produk yang dipasarkan : Kek Komersial, Kek Perkahwinan, dan Kek Cawan
Facebook : www.facebook.com/AdoreChocolatePage/timeline
Website : www.adorechocolate.com.my

PRODUK (KEK KOMERSIAL)



KEK PERKAHWINAN



KEK CAWAN



FAIZAL BATIK SUTERA

Nama : Muhammad Faizal bin Abdul Latif
No Telefon : 0197204556
Alamat : No 8, IKS FELDA Tenggaroh 2, 86810 Mersing
Mula berniaga : 2008
Produk yang dipasarkan : Kraf berasaskan Batik
Facebook: www.facebook.com/Faizal-Batik-Sutera-339079326217803/timeline
Website : http://armasbyfbs.blogspot.com/

PRODUK



KEK LAPIS SARAWAK NURULNAIMAH BINTI AHMAD RASDI

Nama : Nurulnaimah binti Ahmad Rasdi
No Telefon : 019-7019928
Alamat : 196 Felda Tenggaroh 3
Mula berniaga : 2010
Produk yang dipasarkan : Kek Lapis Sarawak
Facebook:https://www.facebook.com/Kek-Lapis-Sarawak-Nuramie-BakeryJohor-123056697789168/?ref=br_rs
Website : www.nuraimiebakeryenterprise.com.my