Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

FELDA Tenggaroh 2, mula diterokai pada 1979 dan menerima kemasukan peneroka untuk bermastautin bersama keluarga masing-masing pada tahun berkenaan dan seramai 607 orang peneroka telah menyertai rancangan tersebut.

Kebanyakan penduduk di sini merupakan anak jati negeri Johor yang kebanyakannya berasal dari kawasan sekitar Johor, Mersing, Batu Pahat dan Pontian. Mereka lazimnya amat mementingkan pemeliharaan kesenian budaya masyarakat Melayu Johor, maka aktiviti kesenian seperti tarian zapin turut aktif dilakukan di sini.

Menyentuh perihal asal-usul nama Tenggaroh pula, menurut penduduk setempat nama tersebut berpunca daripada sebutan ‘’Tengah Loh’’ yang diucapkan peniaga-peniaga berbangsa Cina di Mersing. Titik-tolak daripada itu, ia menjadi semakin popular dan akhirnya menjadi nama penempatan tersebut.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


FACEBOOK LIVE & VIDEO ICT

Aktiviti Terkini | 4,11,26 Disember 2020

Menggantikan kelas ICT yang kebiasaannya dibuat di PIK...baca selanjutnya

HARI MESRA BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 1 November 2020

Aktiviti ini diadakan adalah bertujuan mengeratkan silaturahim sesama ahli komuniti....baca selanjutnya

MARI BELAJAR MENAIP :MICROSOFT OFFICE WORD

Aktiviti Terkini | 24 Oktober 2020

Aktiviti ini diadakan adalah bertujuan supaya pelajar-pelajar di luar bandar ini tidak ketinggalan di dalam dunia teknologi....baca selanjutnya

KELAS FUTURE SKILLS FOR ALL (PENGATURCARAAN MICROBIT)

Aktiviti Terkini | 26 September 2020

Petugas memberi taklimat kepada pelajar dengan menunjukkan slide serta meminta pelajar untuk fokus dan membuat sedikit aktiviti bersama....baca selanjutnya

FUTURE SKILLS FOR ALL (PENGATURCARAAN MICROBIT)

Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2020

Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas elektronik, pengaturcaraan dan diakhiri dengan membina projek ringkas....baca selanjutnya

FIREPREVENTION CENTRE

Aktiviti Terkini | 24 Julai 2020

Taklimat ini adalah bertujuan untukmemberi pendedahan tentang cara-cara menggunakan alat pemadam api (fire extinguisher) yang betul jika berlakunya kebakaran....baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini |10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini |18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENGARANG KARANGAN BAHASA MALAYSIA

Aktiviti Terkini |6 Mac 2020

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mengasah bakat dan melatih para peserta dalam mengarang karangan di dalam Microsoft Word....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENAIP PANTAS

Aktiviti Terkini |7 February 2020

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menguji kemampuan dan kepantasan peserta untuk menaip dengan cara yang betul dan cepat. ....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA

Aktiviti Terkini |24 Januari 2020

Tujuan pertandingan ini diadakan bagi mencungkil bakat kanak-kanak berumur dari 7 – 9 tahun....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti