Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

FELDA Tenggaroh 2, mula diterokai pada 1979 dan menerima kemasukan peneroka untuk bermastautin bersama keluarga masing-masing pada tahun berkenaan dan seramai 607 orang peneroka telah menyertai rancangan tersebut.

Kebanyakan penduduk di sini merupakan anak jati negeri Johor yang kebanyakannya berasal dari kawasan sekitar Johor, Mersing, Batu Pahat dan Pontian. Mereka lazimnya amat mementingkan pemeliharaan kesenian budaya masyarakat Melayu Johor, maka aktiviti kesenian seperti tarian zapin turut aktif dilakukan di sini.

Menyentuh perihal asal-usul nama Tenggaroh pula, menurut penduduk setempat nama tersebut berpunca daripada sebutan ‘’Tengah Loh’’ yang diucapkan peniaga-peniaga berbangsa Cina di Mersing. Titik-tolak daripada itu, ia menjadi semakin popular dan akhirnya menjadi nama penempatan tersebut.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Majlis Keramaian Penduduk

Aktiviti Terkini | 14 Disember 2018

Tujuan program majlis bacaan yassin ini adalah untuk majlis kesyukuran dan keselamatan Pusat Internet Felda Tenggaroh 2... baca selanjutnya

Booth Pameran & Jualan di Program Sempena Pembukaan Agrobox Mersing

Aktiviti Terkini | 10 November 2018

Program ini bertujuan mempromosikan PI disamping mendedahkan peluang-peluang kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PI untuk manfaat bersama. Ia juga dapat memberi kesedaran... baca selanjutnya

Program Advokasi “Klik Dengan Bijak” dan Promosi Digi

Aktiviti Terkini | 27 Oktober 2018

Program ini bertujuan mempromosikan PI disamping mendedahkan peluang-peluang kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PI untuk manfaat... baca selanjutnya

Mini Karnival Sayangi Malaysiaku

Aktiviti Terkini | 15 September 2018

Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 61 tahun bersama-sama penduduk setempat dan meraikan ahli-ahli Pusat Internet Pekan Nanas yang hampir mencecah 700 orang selama pusat internet sudah 3 tahun beroperasi... baca selanjutnya

Sambutan Hari Kemerdekaan

Aktiviti Terkini | 29 Ogos 2018

Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid, guru-guru serta petugas PI. Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan... baca selanjutnya

Pertandingan Mencari Harta Karun

Aktiviti Terkini | 27 Julai 2018

Dapat melatih peserta dengan diberi klu untuk memulakan pencarian harta karun, setelah berjaya memiliki harta karun, peserta perlu menaip di dalam Microsoft word apakah harta karun yang mereka miliki, peserta yang mendapat banyak harta karun dikira sebagai pemenang... baca selanjutnya

Pertandingan Kad Raya kreatif

Aktiviti Terkini | 22 Jun 2018

Tujuan utama menjalankan Pertandingan membuat kad hari raya adalah menyedarkan dan memupuk semangat kerjasama... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet Felda Tenggaroh 2

Aktiviti Terkini | 5 Mei 2018

Program Hari Terbuka ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat setempat dengan aktiviti yang melibatkan komuniti melalui pertandingan, demonstrasi dan sebaran maklumat... baca selanjutnya

Program Advokasi “Klik Dengan Bijak” dan Aktiviti Bersama Kanak-kanak Tabika KEMAS Tenglu

Aktiviti Terkini | 16 April 2018

Program ini dimulakan dengan taklimat oleh Staf PI1M dan diselitkan dengan aktiviti bermain puzzle, kelas ICT, game online dan tayangan video untuk kanak-kanak tersebut. P rogram berakhir pada pukul 12.30 tengahari dan pihak tabika menerima cenderahati daripada pihak PI1M... baca selanjutnya

KDB & Membuka Booth Pameran

Aktiviti Terkini | 3, 7 & 8 April 2018

Tujuan program ini adalah untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab (safety, security, and responsibility) yang menitikberatkan kawal selia kendiri... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB) Bersama Tabika Kemas Felda Tenggaroh 2

Aktiviti Terkini | 29 Mac 2018

Tujuan program ini adalah untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab(safety, security, and responsibility) yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam... baca selanjutnya

Bengkel Pengenalan Projek Agriculture Flagship (Agf)- Fasa 1 Dan Pelaksanaan Aplikasi Mudah Alih M@Myagro

Aktiviti Terkini | 7 Februari 2018

Pendedahan tentang applikasi myagromkepada pegawai kerajaan bahagian pertanian serta menerangkan fungsi PI1M sebagai tempat penggunaan internet utk setiap pegawai pertanian mengumpulkan semua usahawan, petani, penternak dan nelayan mengisi data berkaitan dalam applikasi tersebut... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak bersama Tabika Felda Tenggaroh 3

Aktiviti Terkini | 29 Januari 2018

Tujuan program ini adalah untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab(safety, security, and responsibility) yang menitikberatkan kawal selia kendiri... baca selanjutnya