Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

FELDA Tenggaroh 2, mula diterokai pada 1979 dan menerima kemasukan peneroka untuk bermastautin bersama keluarga masing-masing pada tahun berkenaan dan seramai 607 orang peneroka telah menyertai rancangan tersebut.

Kebanyakan penduduk di sini merupakan anak jati negeri Johor yang kebanyakannya berasal dari kawasan sekitar Johor, Mersing, Batu Pahat dan Pontian. Mereka lazimnya amat mementingkan pemeliharaan kesenian budaya masyarakat Melayu Johor, maka aktiviti kesenian seperti tarian zapin turut aktif dilakukan di sini.

Menyentuh perihal asal-usul nama Tenggaroh pula, menurut penduduk setempat nama tersebut berpunca daripada sebutan ‘’Tengah Loh’’ yang diucapkan peniaga-peniaga berbangsa Cina di Mersing. Titik-tolak daripada itu, ia menjadi semakin popular dan akhirnya menjadi nama penempatan tersebut.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021


VIDEO TUTORIAL : CARA UNTUK MENUKAR FORMAT PDF KEPADA FORMAT JPEG

Aktiviti Terkini | 18 Disember 2021

Mengambil masa yang cepat serta perlu ada capaian internet.......baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE : SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PRIHATIN (SPPP)

Aktiviti Terkini | 17 Disember 2021

Membantu pemohon mendaftar SSM tanpa fi pendaftaran......baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK : CHECK YOUR LABEL & MOBILE DAN E- WASTE

Aktiviti Terkini | 15 November 2021

Berkongsi ilmu dan cara-cara untuk melupuskan peralatan elektronik dengan selamat dan betul......baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL : CARA MEMPERBAHARUI LESEN SSM BAGI PIHAK KEDUA DI EZBIZ ONLINE

Aktiviti Terkini | 10 November 2021

Pemohon tidak perlu lagi ke Pejabat SSM bagi tujuan memperbaharui lesen SSM.....baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE : BULI SIBER

Aktiviti Terkini | 4 Oktober 2021

Menerangkan apa itu buli siber.....baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL : CARA MENYELESAIKAN ISU END BACK DATA DI PORTAL EZBIZ ONLINE

Aktiviti Terkini | 2 Oktober 2021

Membantu pemohon menyelesaikan masalah semasa di dalam permohonan SSM.....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG FACEBOOK

Aktiviti Terkini | 19 September 2021

Membuat persediaan video dan FB Live.....baca selanjutnya

VIDEO ICT

Aktiviti Terkini | 12 September 2021

Membuat persediaan video.....baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE DAN VIDEO ICT

Aktiviti Terkini | 8,11,14,17 Ogos 2021

Tujuan ini diadakan adalah dapat berkongsi imlu pengetahuan bersama komuniti melalui video-video yang dihasilkan oleh petugas PIK. ....baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE DAN VIDEO ICT

Aktiviti Terkini | 1-17 Julai 2021

Tujuan ini diadakan adalah dapat berkongsi imlu pengetahuan bersama komuniti melalui video-video yang dihasilkan oleh petugas PIK. ....baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE DAN VIDEO ICT

Aktiviti Terkini | 1-30 Jun 2021

Tujuan ini diadakan adalah dapat berkongsi imlu pengetahuan bersama komuniti melalui video-video yang dihasilkan oleh petugas PIK. ....baca selanjutnya

PROGRAM BUBUR LAMBUK BERSAMA TABIKA KEMAS FELDA TENGGAROH 2

Aktiviti Terkini | 6 Mei 2021

Tujuan program ini adalah untuk meraikan Ramadhan dan mengeratkan silaturahim di antara guru-guru dan ibu bapa pelajar Tabika Kemas....baca selanjutnya

PROGRAM TADARUS AL-QURAN

Aktiviti Terkini | 18 April 2021

Aktiviti ini bertujuan menyemarakkan suasana Ramdhan dengan bertadarus Al-Quran secara beramai-ramai, dimana Al-Quran dibaca dan difahami....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENCIPTA ESEI PENDEK

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2021

Tujuan pertandingan ini diadakan bagi mencungkil bakat kanak-kanak berumur dari 10 – 12 tahun. ....baca selanjutnya

PIK BENGKEL (FS4A): PENGENALAN PENGAJARAN HTML, PYTHON, SQL

Aktiviti Terkini | 23-25 Februari 2021

Future Skills For All (FS4A) adalah sumber atas talian untuk memudahkan pengajaran dan menambahkan keseronokan dalam mempelajari kehebatan sains komputer. Sumber ini merangkumi empat siri, iaitu siri micro:bit, siri HTML, siri python dan siri SQL....baca selanjutnya

PROGRAM PENGENDALIAN MAKANAN

Aktiviti Terkini | 15 Januari 2021

Menggantikan kelas ICT yang kebiasaannya dibuat di PIK...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti