Mengenai NADI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif NADI



Sejarah

FELDA Tenggaroh 2, mula diterokai pada 1979 dan menerima kemasukan peneroka untuk bermastautin bersama keluarga masing-masing pada tahun berkenaan dan seramai 607 orang peneroka telah menyertai rancangan tersebut.

Kebanyakan penduduk di sini merupakan anak jati negeri Johor yang kebanyakannya berasal dari kawasan sekitar Johor, Mersing, Batu Pahat dan Pontian. Mereka lazimnya amat mementingkan pemeliharaan kesenian budaya masyarakat Melayu Johor, maka aktiviti kesenian seperti tarian zapin turut aktif dilakukan di sini.

Menyentuh perihal asal-usul nama Tenggaroh pula, menurut penduduk setempat nama tersebut berpunca daripada sebutan ‘’Tengah Loh’’ yang diucapkan peniaga-peniaga berbangsa Cina di Mersing. Titik-tolak daripada itu, ia menjadi semakin popular dan akhirnya menjadi nama penempatan tersebut.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM CASHLESS SOCIETY, PADU DAN PTPTN

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2024

Menggalakkan komuniti untuk pengurangkan penggunaan tunai....................baca selanjutnya

TAKLIMAT KESEDARAN SIBER DAN KLIK DENGAN BIJAK DI SK PONTIAN, ROMPIN

Aktiviti Terkini | 16 Januari 2024

Para pelajar dan guru-guru dapat bersama-sama untuk mendengar taklimat Kesedaran Siber dan Klik Dengan Bijak daripada pihak PEDi serta berkongsi ilmu yang diperolehi.....................baca selanjutnya

AKTIVITI MAKANAN SIHAT (MEMBUAT SANDWISH)

Aktiviti Terkini | 13 Januari 2024

Melatih peserta untuk mencuba dan mengamalkan pemakanan sihat....................baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti