MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KEMERDEKAAN 2023

Aktiviti terkini | 10 Oktober 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi TAMAN SAYONG PINANG

Nama VIP :
Puan Nurzie binti Ibrahim
Pengarah (Pembangunan), SKMM Negeri Johor.

Ringkasan Aktiviti:
PEDi Taman Sayong Pinang telah menjemput beberapa PEDi yang terdiri daripada PEDi Felda Tenggaroh 2, PEDi Kampung Sri Lukut, PEDi Felda Layang-Layang, PEDi Felda Inas Utara, PEDi Felda Bukit Batu dan PEDi Felda Bukit Permai untuk berkolobrasi bagi menjayakan majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah pertandingan video kreatif kemerdekaan 2023.

Tujuan :
• Para pelajar dan guru-guru dapat bersama-sama untuk menghasilkan video yang kreatif sempena bulan kemerdekaan.
• Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya berfungsi sebagai individu yang seimbang, bermatlamat, berfikiran kreatif, celik digital, berbakat dan mampu memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksimum serta membina sikap yakin dengan kebolehan diri.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Taklimat Klik Dengan Bijak dan SAFE internet.
• ‘Games’
• Penyampaian hadiah
• Sesi bergambar
• Bersurai.


Kelebihan Aktiviti :
• Merapatkan hubungan antara pelajar, guru dan staff PEDi.
• Berkongsi maklumat terkini dan ilmu yang disampaikan.
• Kolobrasi antara PEDi yang berlainan dapat membuahkan pendapat dan kerjasama yang baik.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :