Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

FELDA Tenggaroh 2, mula diterokai pada 1979 dan menerima kemasukan peneroka untuk bermastautin bersama keluarga masing-masing pada tahun berkenaan dan seramai 607 orang peneroka telah menyertai rancangan tersebut.

Kebanyakan penduduk di sini merupakan anak jati negeri Johor yang kebanyakannya berasal dari kawasan sekitar Johor, Mersing, Batu Pahat dan Pontian. Mereka lazimnya amat mementingkan pemeliharaan kesenian budaya masyarakat Melayu Johor, maka aktiviti kesenian seperti tarian zapin turut aktif dilakukan di sini.

Menyentuh perihal asal-usul nama Tenggaroh pula, menurut penduduk setempat nama tersebut berpunca daripada sebutan ‘’Tengah Loh’’ yang diucapkan peniaga-peniaga berbangsa Cina di Mersing. Titik-tolak daripada itu, ia menjadi semakin popular dan akhirnya menjadi nama penempatan tersebut.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA 2019 (ROCK THE RIBBON)

Aktiviti Terkini | 15 Disember 2019

Aktiviti yang diadakan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran bahaya penyakit HIV/Aids kepada masyarakat luar....baca selanjutnya

CELIK IT BERSAMA PELAJAR LITERASI

Aktiviti Terkini | 19 November 2019

Aktiviti yang diadakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet kepada pelbagai golongan, terutamanya kepada kanak-kanak yang baru mengenal dunia IT....baca selanjutnya

PROGRAM JOM SIHAT (GATHERING FUN ROBIK ZONTEN)

Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2019

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti berkenaan penjagaan kesihatan amat penting. ...baca selanjutnya

SUKANEKA HARI MALAYSIA

Aktiviti Terkini |28 September 2019

Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid, guru-guru serta petugas PI...baca selanjutnya

PERTANDINGAN BAYI COMEL

Aktiviti Terkini | 27 September 2019

Tujuan program ini adalah untuk menarik minat komuniti setempat dan sekitarnya datang ke Pusat Internet Felda Tenggaroh 2 untuk mengetahui perkhidmatan apa yang disediakan...baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI MERDEKA @ KOMUNITI HARAPAN FELDA

Aktiviti Terkini | 15 September 2019

Tujuan program ini adalah untuk menarik minat komuniti setempat dan sekitarnya menghayati semangat Kemerdekaan dan Hari Malaysia...baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DENGAN KERJASAMA PUSAT LITERASI KELUARGA FELDA

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2019

Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid, guru-guru serta petugas PI...baca selanjutnya

PERTANDINGAN PUZZLE ONLINE

Aktiviti Terkini | 27 Julai 2019

Tujuan pertandingan ini diadakan bagi memupuk minat kanak-kanak supaya berfikir dengan kritis. Pertandingan ini memerlukan ketelitian dalam penyusunan dan pencantuman gambar-gambar yang dileraikan. Pertandingan yang diadakan ini dapat memupuk daya saing yang sihat di kalangan kanak-kanak dan secara tidak langsung juga memupuk semangat toleransi, kerjasama dan persefahaman dalam kumpulan....baca selanjutnya

KURSUS PEMPROSESAN MAKANAN

Aktiviti Terkini | 12 Jun 2019

Tujuan program ini adalah untuk memberi kemahiran di dalam pemprosesan makanan kepada para belia, usahawan yang sedia ada dan sekaligus mengajar cara-cara menjana pendapatan daripada hasil kemahiran yang diajar oleh tenaga pengajar daripada pihak KEMAS Mersing....baca selanjutnya

Seminar Teknik Belajar “BEST” Study Without Stress 2

Aktiviti Terkini | 21 Mei 2019

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana mengenali diri menerusi personaliti diri. Melalui lakaran kolam, pelajar akan... baca selanjutnya

Seminar Teknik Belajar “BEST” Study Without Stress

Aktiviti Terkini | 2 Mei 2019

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana mengenali diri menerusi personaliti diri. Melalui lakaran kolam, pelajar akan... baca selanjutnya

Program Advokasi Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 17 & 24 April 2019

Dapat mendidik masyarakat agar menggunakan Internet dengan cara yang selamat dan menggalakkan masyarakat untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian... baca selanjutnya

Program Advokasi Klik Dengan Bijak di SMK Anjung Batu

Aktiviti Terkini | 5 Mac 2019

Dapat mendidik masyarakat agar menggunakan Internet dengan cara yang selamat, menggalakkan masyarakat untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian dan memupuk penggunaan kandungan berangkai secara positif dalam kalangan masyarakat... baca selanjutnya

Kursus Pencegahan Kebakaran

Aktiviti Terkini | 12 Februari 2019

Kursus Pencegahan Kebakaran yang melibatkan kesemua kakitangan Pusat Internet Daerah Mersing disampaikan oleh Pasukan Bomba Endau. Pasukan Bomba Endau juga menjemput wakil komuniti setempat... baca selanjutnya

Program Kecergasan Diri 2019

Aktiviti Terkini | 26 Januari 2019

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti berkenaan penjagaan kesihatan amat penting. Dewasa kini, ramai yang mengambil ringan terhadap kesihatan diri. Oleh yang demikian... baca selanjutnya