KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Aktiviti terkini | 19 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
Masjid Umar Al- Khattab Felda Tenggaroh 2

Ringkasan Aktiviti:
YB Haji Islahuddin bin Abas

Ringkasan Aktiviti:
• Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk mempelajari dan mendidik komuniti cara-cara untuk menguruskan jenazah dari mula sehingga ke liang lahad.

Tujuan :
• Memberi pendedahan dan ilmu kepada semua (pelajar, belia dan dewasa) tentang ilmu fardu kifayah. • Komuniti dapat menguruskan jenazah tanpa menunggu orang luar yang kemungkinan mengambil masa lama untuk hadir.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pendaftaran peserta komuniti, belia dan pelajar.
• Slot ceramah 1
• Rehat dan sarapan pagi
• Praktikal pengurusan jenazah (kapan dan solat jenazah)
• Makan tengahari dan solat Zuhur
• Perasmian oleh YB Tuan Hj Islahuddin bin Abas ( Ahli Perlimen Mersing)
• Praktikal pengurusan jenazah ke liang lahad
• Minum petang dan bersurai

Kelebihan Aktiviti :
• Komuniti dapat bersama-sama belajar tanpa mengira lapisan umur untuk mempelajari ilmu pengurusan jenazah.
• Mudah difahami kerana teori terus praktikal.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :