Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

FELDA Tenggaroh 2, mula diterokai pada 1979 dan menerima kemasukan peneroka untuk bermastautin bersama keluarga masing-masing pada tahun berkenaan dan seramai 607 orang peneroka telah menyertai rancangan tersebut.

Kebanyakan penduduk di sini merupakan anak jati negeri Johor yang kebanyakannya berasal dari kawasan sekitar Johor, Mersing, Batu Pahat dan Pontian. Mereka lazimnya amat mementingkan pemeliharaan kesenian budaya masyarakat Melayu Johor, maka aktiviti kesenian seperti tarian zapin turut aktif dilakukan di sini.

Menyentuh perihal asal-usul nama Tenggaroh pula, menurut penduduk setempat nama tersebut berpunca daripada sebutan ‘’Tengah Loh’’ yang diucapkan peniaga-peniaga berbangsa Cina di Mersing. Titik-tolak daripada itu, ia menjadi semakin popular dan akhirnya menjadi nama penempatan tersebut.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 TAHUN 2023


KARNIVAL KEUSAHAWANAN SK FELDA TENGGAROH 3

Aktiviti Terkini | 6 Disember 2022

Memberi pendedahan dan memperkenalkan kepada murid-murid aktiviti urusniaga dan aktiviti keusahawanan.........baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PUSAT LITERASI KELUARGA FELDA TENGGAROH 3

Aktiviti Terkini | 23 November 2022

Memberi pendedahan dan memperkenalkan tentang kebaikan dan keburukan telefon bimbit, tablet, dan alat komunikasi yang lain........baca selanjutnya

KELAS MEMBUAT ROTI

Aktiviti Terkini | 14 Oktober 2022

Belajar cara-cara untuk membuat roti yang gebu dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi........baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL : CARA UNTUK MENGHASILKAN VIDEO YANG MENARIK

Aktiviti Terkini | 3 September 2022

Membantu komuniti dan pelajar untuk menghasilkan video yang menarik.......baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN BERSAMA PUSAT LITERASI KELUARGA FELDA TENGGAROH 2

Aktiviti Terkini | 9 Ogos 2022

Dapat membantu penonton untuk mencuba aplikasi voice over dengan percuma sahaja.........baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL : CARA UNTUK MEMBUAT VOICE OVER

Aktiviti Terkini | 19 Julai 2022

Dapat membantu penonton untuk mencuba aplikasi voice over dengan percuma sahaja.........baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL : CARA UNTUK WRAP TEXT TULISAN DI MS EXCEL

Aktiviti Terkini | 26 Jun 2022

Dapat membantu penonton untuk menulis dengan kemas dan teratur........baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL : CARA UNTUK MEMBERSIHKAN LAPTOP ANDA

Aktiviti Terkini | 14 Mei 2022

Dapat membantu penonton untuk membersihkan laptop tanpa modal yang besar........baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG FB : RONDA-RONDA DI SEKITAR KAWASAN PEDI FELDA TENGGAROH 2

Aktiviti Terkini | 2 April 2022

Dapat membantu usahawan untuk meningkatkan jualan produk mereka.......baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG FB : BERSAMA USAHAWAN ROTI JALA JELITA PUAN FARIDAH BINTI UMAR

Aktiviti Terkini | 20 Mac 2022

Dapat membantu usahawan untuk meningkatkan jualan produk mereka.......baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG FB : PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA & PAKEJ PERANTI KELUARGA MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 15 Februari 2022

Memberi maklumat kepada masyarakat berkenaan Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia......baca selanjutnya

TUTORIAL ICT : CARA MEMBUAT GAMBAR PASSPORT

Aktiviti Terkini | 4 Januari 2022

Dapat menjimatkan masa tanpa perlu ke kedai gambar untuk mengambil gambar passport......baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti