KARNIVAL KEUSAHAWANAN SK FELDA TENGGAROH 3

Aktiviti terkini | 6 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
SK Felda Tenggaroh 3

Ringkasan Aktiviti:
• Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk melatih dan mendidik murid-murid cara untuk menjalankan urusniaga dan menjalankan aktiviti-aktiviti keusahawanan. Terdapat pelbagai jenis kiosk dan stall untuk murid-murid dan ibu bapa mencuba bagi menyokong aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Tujuan :
• Memberi pendedahan dan memperkenalkan kepada murid-murid aktiviti urusniaga dan aktiviti keusahawanan.
• Melatih murid-murid untuk berkomunikasi serta menyokong pihak sekolah dengan kehadiran ibu bapa.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Aktiviti memanah
• Gerai makanan dan minuman
• Aktiviti mewarna
• Pemeriksaan mata dan kesihatan pecuma
• Dart, Giant Baloon, Karaoke suka-suka
• Tabung Haji, Bank Rakyat dan Pameran Agensi

Kelebihan Aktiviti :
• Pelajar dan ibubapa dapat menjalinkan ukhwah bersama pihak sekolah.
• Menyokong dengan menyertai aktiviti yang dijalankan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :