KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PUSAT LITERASI KELUARGA FELDA TENGGAROH 3

Aktiviti terkini | 23 November 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Literasi Keluarga Felda Tenggaroh 3

Ringkasan Aktiviti:
• Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk memupuk dan memperkenalkan kepada anak-anak literasi tentang kebaikan dan keburukan bermain telefon bimbit, tablet dan alat-alat komunikasi yang lain. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid tentang kebaikan dan keburukan bermain telefon bimbit, tablet dan alat-alat komunikasi yang lain serta menjalinkan hubungan mesra di antara pihak PEDi dan Pusat Literasi Keluarga Felda Tenggaroh 2.

Tujuan :
• Memberi pendedahan dan memperkenalkan tentang kebaikan dan keburukan telefon bimbit, tablet, dan alat komunikasi yang lain.
• Melatih anak-anak untuk menggunakan tablet bagi tujuan pembelajaran.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Aktiviti mewarna menggunakan tablet.


Kelebihan Aktiviti :
• Pelajar literasi dapat mengasah bakat dalam aktiviti yang dijalankan
• Pelajar seronok menggunakan tablet yang diberikan dengan pengawasan petugas dan cikgu.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :