PROGRAM CASHLESS SOCIETY

Aktiviti terkini | 8 Mac 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Felda Tenggaroh 2

Ringkasan Aktiviti:
Tiada

Ringkasan Aktiviti:
Mewujudkan masyarakat tanpa tunai yang berlestari dan berkembang maju bagi komuniti setempat. Dengan adanya program ini, komuniti didedahkan dengan penggunaan tanpa tunai sewaktu berurusniaga. Pihak EO, SakuPay dan NaDi Kluster Mersing juga terlibat di dalam program ini. Selain itu, kaunter PADU PTPTN, KKM, Jabatan Pertanian, yang dibuka dapat membantu komuniti mendaftar, membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma, mendaftar akaun untuk PTPTN dengan lebih cepat dengan bantuan pegawai yang bertugas

Tujuan :
• Menggalakkan komuniti untuk pengurangkan penggunaan tunai.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Persiapan Booth Agensi
• Pendaftaran
• Senam Aerobik
• Aktiviti jualan berlangsung
• Sukaneka kategori kanak-kanak berlangsung
• Sukaneka kategori belia berlangsung
• Sukaneka kategori peneroka/penerokawati
• Ketibaan VIP (Pengurus Felda Nitar 2)
• Penyampaian hadiah
• Sesi bergambar
• Bersurai

Kelebihan Aktiviti :
• Bekerja dengan pelbagai agensi dapat menimba pengalaman baru dan risiko kehilangan wang dapat dikurangkan dengan adanya program tanpa tunai ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :