KDB & Membuka Booth Pameran

3, 7 & 8 April 2018 | Selasa, Sabtu & Ahad
8.30 pagi – 5.00 petang | Dewan Jubli Intan Mersing, Johor

Tujuan:
• Tujuan program ini adalah untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab (safety, security, and responsibility) yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan Internet. Program ini adalah menitikberatkan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Disamping itu jua ia memperkenalkan laman Mersing Kluster untuk mempromosikan produk iks mersing sekitar daerah mersing.

Kelebihan:
• Mendidik masyarakat agar menggunakan Internet dengan cara yang selamat.
• Menggalakkan masyarakat untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian.
• Memupuk penggunaan kandungan berangkai secara positif dalam kalangan masyarakat.

Penglibatan:
Para Peserta Program.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :











kembali ke halaman utama