Klik Dengan Bijak bersama Tabika Felda Tenggaroh 3

29 Januari 2018 | Isnin
11.00 pagi – 12.30 tengahari | Tabika Felda Tenggaroh 3, Johor

Tujuan:
Tujuan program ini adalah untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab (safety, security, and responsibility) yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan Internet. Program ini adalah menitikberatkan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Kelebihan:
• Mendidik masyarakat agar menggunakan Internet dengan cara yang selamat.
• Menggalakkan masyarakat untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian.
• Memupuk penggunaan kandungan berangkai secara positif dalam kalangan masyarakat.

Penglibatan:
Penduduk setempat.

Perlaksanaan aktiviti:
1. Tayangan Video KDB.
2. Penerangan berkaitan KDB.
3. Penyampaian Hadiah, jamuan dan bersurai.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama