Mini Karnival Sayangi Malaysiaku

15 September 2018 | Sabtu
8.00 pagi – 5.00 petang | Dewan Hj Salem, Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas, Johor

Tujuan:
 Sebagai tanda penghargaan kepada penduduk-penduduk kampung sekitar Pekan Nanas yang sentiasa menyokong PI selama ini.
 Menambah ahli PI dengan lebih ramai.
 Mempromosikan produk Digi.
 Mempromosikan produk-produk usahawan PI.
 Memupuk semangat Sayangi Malaysiaku. Semangat patriotik sejak dari kanak-kanak hingga dewasa.

Kelebihan:
1. PI Pekan Nanas akan semakin dikenali melalui promosi yang diadakan.
2. Menambahkan Ahli PI yang berdaftar.
3. Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan bersma-sama penduduk setempat dan dapat mengeratkan silaturahim yang terjalin.
4. PI Pekan Nanas dapat mencapai KPI yang ditetapkan oleh pihak MCMC dan DIGI atas penglibatan orang ramai dalam Klik Dengan Bijak, penjualan produk DIGI, E-waste.
5. Memberi ilmu dan pengetahuan kepada orang ramai berkaitan cara mengenali wang palsu, cara menangani penipuan online bankin dan kesan serta akibat yang mendatangkan kerugian kepada orang ramai. – Penerangan oleh Bank Negara Malaysia.
6. Memberi ilmu dan pengetahuan kepada komuniti setempat berkaitan tips keselamatan pengguna online. Mencari maklumat di portal Sebenarnya.my untuk mengetahui kesahihah input yang tersebar di online samaada laman sosial atau laman bercetak. – Disampaikan oleh wakil CMCF – Forum Kandungan dan Komunikasi Multimedia Malaysia.
7. Memberi kemudahan kepada penduduk setempat untuk tidak perlu pergi ke Tabung haji kerana pihak Tabung Haji Pontian ada memberi perkhidmatan di program Sayangi MalaysiaKu ini.

Penglibatan:
Penduduk setempat.

Nama VIP:
1. En. Mohd Suhaizie bin Jasmani(Wakil Yang Dipertua Majlis Daerah Pontian) – Pegawai Perlesenan dan Penguatkuasaan Majlis Daerah Pontian(Perasmi).
2. Pn. Nurzei bt Ibrahim(Wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(MCMC)).
3. En. Samsudin bin Sujak(Digi Telecommunication Sdn. Bhd.).
4. Pn. Habibah bt Ismail(Bank Negara Malaysia).
5. En. Ahmad Fazlin bin Abu Kassim(Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia(CMCF)).
6. Ketua Pengurus seluruh RTC Johor.

Aktiviti Berkaitan:
Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 61 tahun bersama-sama penduduk setempat dan meraikan ahli-ahli Pusat Internet Pekan Nanas yang hampir mencecah 700 orang selama pusat internet sudah 3 tahun beroperasi. Antara aktivitinya Silangkata Klik Dengan Bijak, E-waste, Sebenarnya.my(Tidak pasti jangan kongsi), Jenayah scam, Penipuan online, jenayah siber kepada kanak-kanak, pameran Bomba. Pameran Agro Bank, Pameran Tabung Haji, Pameran Bank Negara Malaysia (berkaitan jenis-jenis wang palsu, penipuan perbankan) Pameran CMCF- jenayah siber.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:











kembali ke halaman utama