Program Advokasi “Klik Dengan Bijak” dan Aktiviti Bersama Kanak-kanak Tabika KEMAS Tenglu

16 April 2018 | Isnin
10.30 pagi – 12.30 tengahari | Pusat Internet 1Malaysia Taman Lautan Biru, Johor

Tujuan:
Program ini bertujuan memperkenalkan PI1M kepada pihak Tadika Kemas seterusnya memberi kesedaran kepada semua kanak-kanak tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet. Melalui program ini, kami juga akan menerangkan tentang fungsi dan keistimewaan PI1M Taman Lautan Biru menerusi penganjuran program latihan ICT, senarai perkakasan yang ada di PI1M dan sebagainya kepada pihak tadika dan kanak-kanak. Ini bertujuan supaya mereka faham dan berminat untuk menyertai aktiviti yang akan dilaksanakan oleh PI1M pada masa akan datang.

Kelebihan:
• Mempromosikan PI1M.
• Menerangkan tentang kemudahan yang boleh didapati di PI1M.
• Memberi kesedaran tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet.
• Mengadakan aktiviti bersama kanak-kanak.

Penglibatan:
Peserta program.

Perlaksanaan Aktiviti:
Program ini dijalankan bersama 25 orang kanak-kanak Tabika KEMAS Tenglu, Mersing. Program ini dimulakan dengan taklimat oleh Staf PI1M dan diselitkan dengan aktiviti bermain puzzle, kelas ICT, game online dan tayangan video untuk kanak-kanak tersebut. Program berakhir pada pukul 12.30 tengahari dan pihak tabika menerima cenderahati daripada pihak PI1M.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:











kembali ke halaman utama