KLIK DENGAN BIJAK : CHECK YOUR LABEL & MOBILE DAN E- WASTE

Aktiviti terkini | 15 November 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Tenggaroh 2

Ringkasan Aktiviti:
Petugas PEDi Kluster Mersing yang terdiri daripada PEDi Felda Tenggaroh 2, PEDi Felda Nitar 2, PEDi Taman Lautan Biru dan PEDi Kampung Baru Air Tawar telah bekerjasama dalam talian bersama-sama untuk mengupas dan berkongsi ilmu berkenaan ‘’Check Your Label & Mobile’ dan ‘E- Waste’.


Tujuan :
• Memberi kesedaran kepada komuniti kepentingan untuk mengambil tahu apa itu ‘Check Your Label & Mobile’ dan ‘E-Waste’.
• Berkongsi ilmu dan cara-cara untuk melupuskan peralatan elektronik dengan selamat dan betul.
• Memberitahu kepada komuniti bahawa PEDi merupakan tempat yang telah dipilih untuk mereka menghantar peralatan eletronik yang tidak boleh digunakan lagi.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Membuat persediaan sesi Siaran Langsung FB
• Sesi Siaran Langsung bermula


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat berkongsi ilmu bersama masyarakat
• Berkongsi maklumat dan idea sepanjang sesi siaran langsung dijalankan sesama PEDi
• Menjalinkan silaturrahim sesama staf PEDi kerana tidak dapat berjumpa.
• Mendidik dan membantu masyarakat untuk menjadi pengguna yang berilmu serta dapat menyelamatkan bumi.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :