PIK BENGKEL (FS4A): PENGENALAN PENGAJARAN HTML, PYTHON, SQL

Aktiviti terkini | 23-25 Februari 2021

Tempat Aktiviti:
PIK Felda Tenggaroh 2

Tujuan :
• Future Skills For All (FS4A) adalah sumber atas talian untuk memudahkan pengajaran dan menambahkan keseronokan dalam mempelajari kehebatan sains komputer. Sumber ini merangkumi empat siri, iaitu siri micro:bit, siri HTML, siri python dan siri SQL.

Kelebihan Aktiviti :
• Staff PIK dapat menimba ilmu baru melalui program ini
• Dapat mengetahui serta mempelajari asas pengaturcaraan untuk membina sebuah laman web.
• Dapat memahami dan mempelajari asas pengaturcaraan bahasa Python dalam konteks aplikasi sains dalam kejadian harian.
• Dapat mempelajari asas pengaturcaraan bahasa SQL dan menerokai teknologi automasi.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :