FACEBOOK LIVE : SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PRIHATIN (SPPP)

Aktiviti terkini | 17 Disember 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Tenggaroh 2

Ringkasan Aktiviti:
Siaran langsung Facebook ini adalah bertujuan memberitahu kepada masyarakat bahawa Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) SSM dilancarkan pada 15 Februari 2021 dan diperluaskan kepada usahawan kumpulan B40 dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 akan dikecualikan fi pendaftaran dan maklumat perniagaan. Skim ini dilaksanakan sehingga peruntukan geran habis digunakan


Tujuan :
• Membantu pemohon mendaftar SSM tanpa fi pendaftaran
• Membantu menjana pendapatan dengan adanya SSM, ianya akan lebih mudah sekiranya ingin membuat pinjaman perniagaan atau sebagainya


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Penyediaan bahan-bahan berkaitan SPPP
• Posting FB Live


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat meringankan beban kepada pemohon baru kerana adanya pengecualian fi selama setahun
• Membuka dan dapat menjana pendapatan kepada golongan B40, ibu tunggal dan pelajar IPTA/ IPTS


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :