Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Felda Tenggaroh 2

19 November 2016| Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Felda Tenggaroh 2

Program Hari Terbuka ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat setempat dengan aktiviti yang melibatkan komuniti melalui pertandingan, demonstrasi dan sebaran maklumat Klik Dengan Bijak yang akan dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Dengan adanya program Hari Terbuka ini, masyarakat setempat diberi peluang untuk mendaftar menjadi ahli PI1M secara percuma. Selain daripada itu, melalui pertandingan berkaitan ICT, komuniti juga dapat memperkenalkan fungsi sebenar serta kegunaan komputer dan internet dalam kehidupan seharian secara positif.

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Felda Tenggaroh 2| 19 November 2016