Berita & Aktiviti Terkini

Pertandingan Tresure Hunt

21 Disember 2014 | Aktiviti Muktahir

Program ini diadakan bertujuan untuk menguji tahap kepantasan peserta dengan aktiviti mencari harta karun yang telah disediakan oleh pihak PI1M. Ia juga merupakan salah satu program yang paling digemari oleh peserta kerana dapat berlumba-lumba untuk mengumpulkan seberapa banyak harta karun yang dicari dalam masa yang telah diberikan.

Bilangan peserta yang mengambil bahagian pada kali ini adalah seramai 15 orang yang terdiri daripada pelajar. Ia dilakukan secara individu. Pertandingan dimulakan pada pukul 10.00 pagi dan tamat hampir 12.00 tengah hari. Kriteria yang diadili berdasarkan kepantasan dan jumlah harta karun yang ditemui.

Peserta yang memenangi tempat pertama ialah kumpulan adik Muhammad Nazrin bin Roshli. Tahniah diucapkan kepada mereka.

Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan aktiviti pada bulan ini dan peserta yang mengambil bahagian.

Pergi kedai pukul empat, Beli buku dengan kertas, Cepatlah wahai adik cepat, Kumpul harta karun dengan pantas .