Berita & Aktiviti Terkini

Pertandingan Sukaneka

23 November 2014 | Aktiviti Muktahir

Pusat Internet 1 Malaysia, Felda Tenggaroh 3 telah mengadakan Pertandingan Sukaneka yang diadakan pada 23 November 2014. Lokasi pertandingan adalah di Padang Awam Felda Tenggaroh 3. Pertandingan ini diadakan adalah untuk memupuk keyakinan dan sikap tidak putus asa dalam diri para peserta. Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing-masing serta dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta.

Para peserta dapat memenuhi masa terluang dengan menyertai pertandingan sukaneka memandangkan cuti sekolah telah pun bermula. Ini dapat menghilangkan tekanan dan melahirkan semangat cintakan sukan selain dapat beriadah dan menyihatkan badan.

Majlis dimulakan dengan sarapan pagi beserta taklimat berkenaan perlaksanaan aktiviti tersebut.