Berita & Aktiviti Terkini

Pertandingan Master Chef Felda

Oktober 2014 | Aktiviti Muktahir

Pusat Internet 1 Malaysia, Felda Tenggaroh 3 telah mengadakan satu pertandingan iaitu Master Chef Felda yang diadakan pada 19 Oktober 2014. Dimana, semua lapisan masyarakat dapat bersama-sama berkumpul untuk bertukar-tukar pandangan melalui masakan yang telah dibawa. Selain itu, mereka dapat meluangkan masa untuk aktiviti yang dianjurkan dan mengeratkan sillaturrahim dapat dieratkan. Tujuan program ini diadakan adalah memberi peluang kepada para penerokawati menunjukkan kebolehan dan kemahiran dalam memasak, meningkatkan tahap keyakinan diri melalui aktiviti yang bersuasanakan pertandingan serta mempertingkatkan kemahiran bersosial dalam komuniti setempat.

Pertandingan ini telah diadili oleh pengadil yang dilantik oleh pihak penganjur.

Penyertaan terbuka kepada semua golongan belia dan penerokawati dengan yuran sebanyak RM3 dikenakan kepada setiap penyertaan.Terdapat 2 kategori menu yang di pertandingkan, antaranya adalah pencuci mulut dan asam pedas. Juadah berkenaan dimasak dirumah dan diadili oleh pengadil di Pusat Internet 1 Malaysia.