Berita & Aktiviti Terkini

Semangat Generasi Muda Di Dalam Patriotisme

September 2014 | Aktiviti Muktahir

Aktiviti bulan ini dijalankan secara berkumpulan dengan tujuan ada daya persaingan di antara mereka untuk menghasilkan lukisan menggunakan cap jari dengan lebih kreatif. Motif yang digunakan adalah bunga raya dan bendera Johor. Kumpulan yang mempunyai kreativiti paling menarik dikira pemenang. Aktiviti ini diadakan pada 19hb September 2014, bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia, Felda Tenggaroh 3. Seramai 10 orang kanak-kanak yang menyertai aktiviti ini.