Berita & Aktiviti Terkini

Pertandingan Autoshow "Aksesori Motor Sana Sini Awesome"

28 Mac 2014 | Aktiviti Muktahir

Program ini dijalankan untuk menarik lebih perhatian belia untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh pihak Pusat Internet 1 Malaysia Felda Tenggaroh 3. Ini kerana setiap kali PI1M menjalankan program, penglibatan dari golongan belia Tenggaroh 3 kurang mendapat sambutan dan PI1M mengambil inisiatif supaya belia di kawasan Tenggaroh 3 ini aktif dan bersama-sama terlibat secara langsung ataupun tidak dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Keputusan dinilai berdasarkan kreativiti peserta dalam menghiasi motosikal mereka dan keputusan pengadil adalah muktamad. Ia telah dijalankan pada 28hb Mac 2014 dan disertai lebih 20 orang peserta dan dimenangi oleh Sdra Abdul Halim bin Abdul Majid. Tahniah diucapkan.

Terima kasih daun keladi,
Aktiviti bulan depan sertai lagi.

Suasana Pertandingan

Pemenang Autoshow