Berita & Aktiviti Terkini

Pertandingan Mengenali Pusat Internet 1Malaysia Felda Tenggaroh 2

23 Okt 2105 | Aktiviti Muktahir

Nama program : Pertandingan Mengenali Pusat Internet 1Malaysia Felda Tenggaroh 2
Anjuran : Pusat Internet 1 Malaysia Felda Tenggaroh 2

Tarikh dan Masa: 25 Oktober 2015 / 10.00 am

Tujuan pertandingan ini dilaksanakan adalah untuk memberi penerangan, pemahaman dan penjelasan berkenaan penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia di Felda Tenggaroh 2. Disamping itu, di dalam pertandingan ini juga diberi panduan dan etika semasa menggunakan komputer serta beberapa peraturan yang perlu dipatuhi semasa berada di Pusat Internet 1 Malaysia.

Terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu, Star King, Pelesit Jalanan dan Petempatan. Setiap kumpulan pula terbahagi kepada 5 orang. Soalan diberikan mengikut kumpulan. Kumpulan yang mendapat jawab dengan tepat dan betul dikira sebagai pemenang. Juara dimenangi oleh kumpulan Petempatan yang mengumpul markah sebanyak 70 markah diikuti kumpulan Star King 60 manakalan tempat ketiga dengan markah sebanyak 50 dimenangi oleh kumpulan Pelesit Jalanan

Sekian, terima Kasih

Jalan-jalan mencari selipar,
beli selipar di kedai Pak Saat,
Pusat Internet 1Malaysia Felda Tenggaroh 2 sudah dibuka,
Marilah gunakan untuk mendapat manfaat.