Berita & Aktiviti Terkini

Pertandingan Menyusun Bongkah Kayu

28 Januari 2015 | Aktiviti Muktahir

Para peserta dapat memenuhi masa terluang dengan menyertai pertandingan Menyusun Bongkah Kayu kerana ia adalah suatu aktiviti yang jarang dilakukan oleh kebiasaan kanak-kanak untuk mengisi lapang. Sehubungan dengan itu, pihak Pi1M ingin menjalankan aktiviti ini, supaya para peserta dapat membina kemahiran berfikir dan sosial seperti yang diperlukan disamping membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan.

Bilangan peserta yang mengambil bahagian pada kali ini adalah seramai 10 orang yang terdiri daripada pelajar. Ia dilakukan secara berkumpulan. Pertandingan dimulakan pada pukul 10.00 pagi dan tamat hampir 12.00 tengah hari. Kriteria yang diadili berdasarkan jumlah bongkah kayu yang disusun dan tidak tumbang.

Kumpulan yang memenangi tempat pertama ialah kumpulan adik Muhammad Tarmizi dan adik Danish Hakim. Tahniah diucapkan kepada mereka.

Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan aktiviti pada bulan ini dan peserta yang mengambil bahagian.