Klik Dengan Bijak Bersama Pelajar Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 2

25 Oktober 2017 | Rabu
8.30 pagi – 10.30 pagi | Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 2, Johor

Tujuan:
Tujuan program ini adalah untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab (safety, security, and responsibility) yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan Internet. Program ini adalah menitikberatkan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Kelebihan:
• Mendidik masyarakat agar menggunakan Internet dengan cara yang selamat.
• Menggalakkan masyarakat untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian.
• Memupuk penggunaan kandungan berangkai secara positif dalam kalangan masyarakat.

Penglibatan:
Para Pelajar.

Aktiviti Berkaitan:
1. Tayangan Video KDB.
2. Penerangan berkaitan KDB.
3. Aktiviti : Leraian Ikatan.
4. Penyampaian Hadiah, jamuan dan bersurai.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama