Sambutan Hari Kemerdekaan

23 Ogos 2017 | Rabu
8.00 pagi – 12.00 tengahari | Balai Homestay Felda Tenggaroh 3, Johor

Tujuan:
Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid, guru-guru serta petugas PI1M. Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua murid dari umur 2-4 tahun. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid tentang semangat perjuangan serta menjalinkan hubungan mesra di antara pihak PI1M dan Pusat Literasi Keluarga Felda.

Kelebihan:
• Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin.
• Menanam sikap sayang dan cinta kepada Negara.
• Mencungkil bakat terpendam murid-murid.

Penglibatan:
Penduduk setempat.

Nama VIP:
Puan Jamilah Binti Saat(Ketua GPW Felda Tenggaroh 3).

Perlaksanaan aktiviti:
Tetamu yang hadir diberi penerangan tentang KDB dan produk Digi.Seterusnya diteruskan dengan pertandingan pakaian merdeka, basikal berhias dan mewarna.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama