Mencipta Bingkai Gambar

27 Januari 2017 | Sabtu
10.00 pagi – 12.00 tengahari | Pusat Internet 1Malaysia Felda Tenggaroh 2

Tujuan:
Aktiviti ini bertujuan bagi memberi peluang kepada para peserta menunjukkan minat terhadap reka ciptaan. Selain itu, peserta-peserta dapat mengenal pasti kebolehan mereka di samping mencuba sesuatu yang baru dan menajamkan pemikiran mereka agar berfikir di luar kotak.

Kelebihan:
Kebaikan program seperti ini adalah supaya sikap kerjasama dan mementingkan kebersihan dapat dipupuk di kalangan ahli PI1M. Di samping itu, melalui program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara pekerja PI1M bersama dengan ahli-ahli PI1M.

Penglibatan:
Kanak-kanak lingkungan umur 6 tahun hingga 13 tahun.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama